Angkara Mobile Legends, Suami Isteri Ini Sanggup Abaikan Anak Sendiri Di Restoran



Sepatutnya sebagai ibu bapa, kita perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak kita terutamanya sewaktu berada di luar. Tidak guna sekiranya keluar bersama-sama, tetapi masing-masing sibuk menghadap telefon bimbit buatan China mereka itu.


Begitulah nasib seorang kanak-kanak apabila beliau dibiarkan keseorangan sementara menanti kedua-dua ibu dan bapanya bermain Mobile Legends di telefon mereka.

Insiden yang malang ini yang berlaku di sebuah restoran Papparich yang tidak diketahui telah dirakamkan oleh seorang pelanggan restoran tersebut yang berasa simpati dengan nasib kanak-kanak lelaki tersebut yang menjadi mangsa kepada ketagihan kedua-dua orang tuanya terhadap permainan video itu.

Di dalam video tersebut, boleh dilihat kedua-dua ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut sedang leka bermain permainan video itu sementara membiarkan kanak-kanak lelaki itu duduk di atas tembok di restoran itu, kebosanan dan mati kutu.

Ada baiknya sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri ini mengambil peluang ini untuk berbual dan mengenali anak mereka itu dengan lebih dekat daripada bermain telefon di sewaktu keluar bersama-sama. 

Ulasan